Page 173 - Geografi_Tingkatan_4
P. 173

12.1         KONSEP PERTUMBUHAN PENDUDUK


           Pertumbuhan  penduduk  merujuk  kepada  perubahan  bilangan  penduduk  yang  sedang  berlaku
           di kawasan tertentu, sama ada di kawasan setempat, dalam negeri atau secara global. Pertumbuhan
           penduduk dunia meningkat dengan mendadak selepas Perang Dunia Kedua. Pertumbuhan
           penduduk di sesuatu tempat dipengaruhi oleh kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi.

           Jadual 12.1  Populasi dunia mengikut tahun

                             Tahun                          Jumlah penduduk dunia (orang)
                              1951                                   2 584 034 261

                              1971                                   3 775 759 617

                              1991                                   5 414 289 444

                              2011                                    7 041 194 301
                                                                           (Sumber: Worldometers, 2019)

           ●  Formula mengira pertumbuhan penduduk ialah:



                                         Jumlah kelahiran – Jumlah kematian
                 Pertumbuhan penduduk =                                   × 1000
                                                 Jumlah penduduk



                                  Jumlah bayi yang lahir pada sesuatu tahun
                 Kadar kelahiran =                                      × 1000
                                  Jumlah penduduk pada pertengahan tahun


                                  Jumlah kematian penduduk pada sesuatu tahun
                 Kadar kematian =                                           × 1000
                                    Jumlah penduduk pada pertengahan tahun




                 Kadar pertumbuhan semula jadi = Peratus kadar kelahiran – Peratus kadar kematian


                 Migrasi bersih = Migrasi masuk – Migrasi keluar




                 Kadar pertumbuhan penduduk = Kadar pertumbuhan semula jadi + Kadar migrasi bersih





                                                 12A
                                Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan penduduk?


                                                     162
                                                     162
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178