Page 179 - Sains_Tingkatan 4
P. 179

8.1     Asas Jirim




                 Bahan Atom, Bahan Molekul dan Bahan Ion
                 Anda telah mempelajari bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit semasa
                 di Tingkatan 1. Terdapat tiga jenis zarah yang membina jirim, iaitu atom, molekul dan ion.




                            Atom                         Molekul                         Ion
                    Atom ialah zarah yang        Molekul ialah gabungan         Ion ialah zarah-zarah
                    paling kecil di dalam        dua atau lebih atom            yang bercas, sama ada
                    sesuatu unsur. Atom          secara kimia. Molekul          positif atau negatif.
                    ialah unit paling asas       boleh terdiri daripada         Ion terbentuk apabila
                    dalam unsur.                 gabungan jenis atom            sesuatu atom menderma
                                                 yang sama atau berbeza.        atau menerima elektron.



                     Semua bahan yang terdapat di sekeliling kita ialah jirim. Bahan boleh dikelaskan kepada tiga
                 kumpulan berdasarkan jenis zarah yang terkandung di dalamnya.


                 Bahan Atom
                 Bahan ini mengandungi zarah atom sahaja. Semua unsur logam dan gas nadir terdiri daripada
                 atom. Atom-atom di dalam logam disusun secara rapat dan teratur, manakala susunan atom
                 di dalam gas nadir berjauhan dan tidak teratur.










                             Kembali      Atom emas
                             Kembali
                                                                                      Belon berisi
                   Atom terdiri daripada
                   zarah subatom, iaitu                                                 helium
                   proton, neutron
                   dan elektron.
                            –
                          –
                            +
                       –   + + +  –              Logam emas
                           +  +
                               –
                            –
                         –  - Elektron
                         +  - Proton
                          - Neutron                                 Atom helium
                                                          Rajah 8.1 Bahan atom

                168
                                                                                                  8.1.1





         BAB 08_FA_CR_3.indd   168                                                                     16/10/2019   12:06 PM
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184