Page 184 - Sains_Tingkatan 4
P. 184
Unsur dan Bahan Bab 8
... ...
Aktiviti 8.4 Jalan Galeri
Tujuan: Melukis susunan elektron bagi 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala PAK21
Unsur Moden.
Bahan: Pen penanda, kertas A4
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Tentukan nombor proton bagi setiap unsur dan kaitkannya dengan bilangan elektron.
3. Lukis susunan elektron bagi setiap unsur pada kertas A4 dan tampalkannya di belakang kelas.
Pembentukan Ion Positif dan Ion Negatif Galeri Sains
Galeri
Anda telah belajar tentang pembentukan ion positif dan ion negatif Susunan elektron duplet
semasa di Tingkatan 3. Kebanyakan atom mempunyai susunan ialah susunan elektron
elektron yang tidak stabil. Maka, atom-atom ini akan cenderung yang stabil yang
untuk membentuk susunan elektron yang stabil. mempunyai 2 elektron
pada petala pertama.
Atom neutral membentuk ion melalui pendermaan elektron
pada petala terluarnya kepada atom lain atau menerima elektron
pada petala terluar daripada atom lain. Hal ini adalah bagi mencapai He
susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.
Susunan elektron duplet
Apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron, Susunan elektron oktet
atom itu menjadi zarah bercas yang disebut sebagai ion. ialah susunan elektron yang
• Ion positif terbentuk apabila atom unsur logam stabil yang mempunyai
menderma elektron. 8 elektron pada petala terluar.
• Ion negatif terbentuk apabila atom unsur bukan logam
menerima elektron.
Ne
Sebagai contoh, atom magnesium mempunyai 12 elektron.
Susunan elektronnya ialah 2.8.2. Bagaimanakah atom ini dapat
mencapai susunan elektron oktet yang stabil? Adakah lebih mudah
untuk atom ini menderma dua elektron atau menerima enam Susunan elektron oktet
elektron? Mari kita kaji Rajah 8.7.
2+
Derma dua elektron
Mg Mg
Atom magnesium (2.8.2)
Ion magnesium (2.8)
Rajah 8.7 Pembentukan ion positif, Mg 2+
8.2.3 173
8.2.4
BAB 08_FA_CR_3.indd 173 16/10/2019 12:07 PM

