Page 216 - Sains_Tingkatan 4
P. 216

Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan  Bab 10


                       Perubatan moden merujuk kepada campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu
                  sains yang mempunyai hubungan langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan melibatkan
                  bidang-bidang seperti perubatan klinikal, penyelidikan perubatan dan pembedahan dalam
                  mengubati penyakit dan merawat kecederaan. Rajah 10.2 menunjukkan ciri-ciri perubatan moden.





                                                          Rawatan
                                                       menggunakan
                                                     ubat-ubatan sintetik

                                                                         Menggunakan
                                                                         kaedah moden
                                       Kos rawatan                          seperti
                                       yang mahal                        pembedahan,
                                                          Ciri-ciri      rawatan laser
                                                         perubatan       dan radioterapi
                                                          moden




                                              Pembuktian           Rawatannya
                                             keberkesanan          adalah lebih
                                             secara klinikal       berkesan dan
                                                                    lebih cepat

                                               Rajah 10.2 Ciri-ciri perubatan moden

                       Perubatan komplementari secara praktisnya merujuk kepada kepelbagaian kaedah dalam
                  penjagaan kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman-berzaman.
                  Kaedah ini merangkumi dua bahagian utama, iaitu produk semula jadi, senaman badan dan
                  minda. Kaedah ini boleh digunakan bersama rawatan moden bagi merawat sesuatu penyakit
                  seperti rawatan kanser. Rajah 10.3 menunjukkan ciri-ciri perubatan komplementari.



                                                                              Tidak
                                         Tidak
                                       melibatkan                          menggunakan
                                    pembedahan dan                          ubat-ubatan
                                     jahitan terhadap                     teraputik, dadah
                                      tubuh badan     Ciri-ciri perubatan   dan bahan
                                                       komplementari        sintetik kimia






                                                         Mengambil
                                                        kira pandangan
                                                          pengamal
                                                       perubatan moden
                                                        dan tradisional

                                           Rajah 10.3 Ciri-ciri perubatan komplementari

                                                                                                      205
                    10.1.1





         BAB 10_FA_CR_3.indd   205                                                                     16/10/2019   5:31 PM
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221