Page 220 - Sains_Tingkatan 4
P. 220

Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan  Bab 10


                                               Homeopati
                     Ubat yang sesuai diberikan kepada pesakit
                     berdasarkan gejala yang ditunjukkan atau
                     dimaklumkan oleh pesakit seperti demam, rasa
                     sakit atau batuk. Ubat yang diberikan menguatkan
                     keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang,
                     bukannya menyediakan bahan untuk membunuh
                     kuman penyakit tersebut.








                                                              Terapi herba
                                                             Terapi herba menggunakan tumbuhan atau
                                                             bahagian tumbuhan yang memiliki khasiat untuk
                                                             mengubati penyakit. Penggunaan herba lebih
                                                             diyakini oleh orang ramai kerana sumber semula
                                                             jadi tidak mendatangkan kesan sampingan dan
                                                             tidak mengandungi kandungan dadah yang
                                                             memudaratkan kesihatan.






                                        Gambar foto 10.3 Jenis-jenis perubatan komplementari

                  Penggunaan Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan
                  Perubatan Komplementari

                  Perubatan tradisional, perubatan moden dan perubatan komplementari adalah saling melengkapi
                  antara satu sama lain. Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
                  Sebagai seorang murid, bolehkah anda menerangkan kelebihan dan kekurangan ketiga-tiga
                  kaedah perubatan tersebut? Jalankan Aktiviti 10.2 bersama rakan-rakan anda.

                  ...  ...
                          Aktiviti      10.2                                           Pembentangan Hasil Sendiri

                                                                                                 PAK21
                  Tujuan: Membincangkan mengenai keberkesanan penggunaan perubatan tradisional,
                  moden dan komplementari.
                  Arahan:
                  1.  Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
                  2.  Pilih satu kaedah perubatan, sama ada perubatan tradisional, perubatan moden atau perubatan
                     komplementari.
                  3.  Cari maklumat daripada pelbagai sumber tentang keberkesanan kaedah perubatan yang dipilih dan
                     bincangkan maklumat yang diperoleh.
                  4.  Persembahkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk persembahan multimedia.


                                                                                                      209
                    10.1.2
                    10.1.3




         BAB 10_FA_CR_3.indd   209                                                                     16/10/2019   5:31 PM
   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225