Page 225 - Sains_Tingkatan 4
P. 225
10.3 Bahan Antioksidan
Definisi Bahan Antioksidan
Bahan antioksidan ialah sebatian kimia yang diperlukan oleh badan kita untuk
melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan. Bahan ini melindungi sel
badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan dianggap sebagai barisan pertahanan
terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit. Badan kita berupaya menghasilkan bahan
antioksidan, namun apabila usia meningkat, keupayaan ini akan berkurang. Oleh itu,
kita perlu mendapatkan bahan antioksidan melalui makanan. Apakah contoh bahan
antioksidan yang terdapat dalam makanan?
Beta karotena biasanya ditemui dalam kebanyakan
makanan yang berwarna merah, kuning atau jingga seperti
lobak merah, mangga dan ubi keledek.
Lutein sering dikaitkan dengan mata yang sihat. Bahan
antioksidan ini terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam
sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan brokoli.
Likopena ialah bahan antioksidan yang ditemui dalam
buah-buahan seperti betik, jambu batu, tembikai, tomato,
aprikot, limau gedang dan oren.
Vitamin C ialah vitamin larut air yang juga dikenal sebagai
asid askorbik. Bahan antioksidan ini terdapat dalam buah-
buahan sitrus, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis,
lada hijau dan bijirin.
Vitamin E yang juga dikenal sebagai alfa-tokoferol ialah
bahan antioksidan yang terdapat dalam pelbagai jenis minyak
termasuklah minyak kelapa sawit, minyak germa gandum,
minyak jagung dan minyak kacang soya. Bahan ini juga
ditemui dalam aprikot, brokoli, kekacang dan mangga.
Gambar foto 10.4 Bahan-bahan antioksidan dalam makanan
214
10.3.1
BAB 10_FA_CR_3.indd 214 16/10/2019 5:31 PM

