Page 257 - Sains_Tingkatan 4
P. 257

11.4     Jisim dan Inersia





                 Jisim
                 Semasa di Tingkatan 1, anda telah diperkenalkan tentang
                 istilah jisim. Jisim ialah kuantiti jirim yang terkandung di
                 dalam suatu objek. Unit S.I. bagi jisim ialah kilogram (kg).
                 Nilai jisim bagi sesuatu objek itu tetap jika kuantiti jirim di
                 dalam objek itu tidak berubah.

                                                                       Gambar foto 11.2 Jisim buah epal diukur
                 Inersia                                                      dengan penimbang digital
                 Inersia ialah sifat semula jadi sesuatu objek yang cenderung menentang sebarang perubahan
                 keadaan asal objek dalam keadaan pegun atau sedang bergerak. Inersia bukan kuantiti fizik, maka
                 tidak boleh diukur, tiada nilai dan tiada unit. Antara situasi yang melibatkan inersia:


                     Keadaan asal objek yang pegun                                                 Keadaan asal objek yang bergerak

                 Duit syiling       Kadbod ditarik






                                        Duit syiling jatuh
                                        ke dalam air
                              Rajah 11.27


                    Apabila kadbod disentap dengan
                    laju, duit syiling akan terjatuh ke                           Rajah 11.28
                    dalam gelas. Inersia duit syiling
                    itu mengekalkan keadaan asal duit                 Apabila kereta api bergerak,
                    syiling, iaitu keadaan pegun. Duit                penumpang di dalam kereta api
                    syiling itu tidak bergerak bersama                itu juga bergerak bersama-sama.
                    kadbod, sebaliknya jatuh ke dalam                 Apabila kereta api itu diberhentikan
                    gelas akibat daya graviti.                        secara tiba-tiba, badan penumpang
                                                                      kekal bergerak ke hadapan. Inersia
                 Inersia sejajar dengan Hukum Gerakan Newton          penumpang itu mengekalkan
                 Pertama oleh Sir Isaac Newton. Hukum Gerakan         keadaan asal penumpang, iaitu
                 Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu             keadaan bergerak. Maka, penumpang
                 objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu        itu meneruskan gerakannya
                 sama ada pegun atau sedang bergerak dengan laju      ke hadapan.
                 malar (dalam garis lurus) jika tiada daya luar yang
                 bertindak terhadapnya.




                246                                                                              11.4.1
                                                                                                 11.4.2





         BAB11_FA_CR_3.indd   246                                                                      31/10/2019   1:45 PM
   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262