Page 266 - Sains_Tingkatan 4
P. 266
Tenaga Nuklear Bab 12
Mengapakah jumlah negara yang menggunakan
tenaga nuklear semakin meningkat?
Bagaimanakah tenaga nuklear dihasilkan?
Adakah tenaga nuklear selamat digunakan?
Bolehkah stesen jana kuasa nuklear dibina
di Malaysia?
Rencana Sains
Rencana Sains
Unsur Torium Menggantikan Uranium
Sama seperti uranium, torium juga boleh melakukan tindak
balas nuklear yang dapat menjanakan elektrik. Agensi Nuklear
Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan
projek penyelidikan mengenai torium dengan kerjasama
beberapa agensi luar negara. Projek ini bertujuan untuk
mengkaji kebolehdapatan torium sebagai bahan api nuklear
alternatif bagi menggantikan uranium untuk digunakan dalam
reaktor penyelidikan pada masa hadapan.
Sumber: www.nuclearmalaysia.gov.my
(Dicapai pada 19 Ogos 2019)
Anda akan belajar tentang:
Anda akan belajar tentang:
penggunaan tenaga nuklear
penghasilan tenaga nuklear
impak penggunaan tenaga nuklear
tenaga nuklear di Malaysia
255
Bab 12_CR_3.indd 255 31/10/2019 1:49 PM

