Page 270 - Sains_Tingkatan 4
P. 270

Tenaga Nuklear  Bab 12


                  Pelakuran Nukleus                                                  Galeri    Sains
                                                                                     Galeri
                  Pelakuran nukleus merupakan satu proses percantuman atau
                  penggabungan dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu
                  nukleus yang lebih berat disertai dengan pembebasan tenaga.
                  •  Sebagai contoh, dua nukleus kecil dan ringan seperti deuterium
                    dan tritium (isotop hidrogen) bercantum dan membentuk satu
                    nukleus yang lebih besar dan berat.
                  •  Proses ini berlaku pada suhu yang amat tinggi.
                  •  Proses ini membebaskan tenaga nuklear yang lebih banyak
                    berbanding dengan pembelahan nukleus.                           Pelakuran nukleus
                                                                                    berlaku secara berterusan
                                                                                    di Matahari. Hal ini
                                                                                    demikian kerana Matahari
                                                                                    mempunyai isotop-isotop
                                                                                    hidrogen dan suhu yang
                           Deuterium                          Helium                tinggi. Tenaga yang
                                                                      Model 3D
                                                                                    dibebaskan daripada
                                                                                    proses ini merupakan
                                                                                    sumber tenaga utama
                                                                                    untuk hidupan di Bumi.


                                                               Tenaga

                                            Pelakuran
                                                                                    Cetusan Minda
                                                                                    Cetusan  Minda
                                                                                   Mengapakah pelakuran
                             Tritium                          Neutron              nukleus memerlukan suhu
                                                                                   yang tinggi?
                                Rajah 12.4 Pelakuran dua isotop hidrogen





                         Aktiviti      12.2                                           Pembentangan Hasil Sendiri


                  Tujuan: Membuat persembahan multimedia bagi menerangkan penghasilan            PAK21
                  tenaga nuklear.
                  Arahan:
                  1.  Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
                  2.  Kumpulkan maklumat tentang penghasilan tenaga nuklear melalui pembelahan nukleus dan
                     pelakuran nukleus.
                  3.  Bincangkan maklumat yang telah diperoleh dan sediakan persembahan multimedia bagi
                     menjelaskan pembelahan dan pelakuran nukleus tersebut.
                  4.  Persembahkan hasil dapatan kumpulan anda di hadapan kelas.








                                                                                                      259
                    12.2.1





         Bab 12_CR_3.indd   259                                                                        31/10/2019   1:49 PM
   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274   275