Page 50 - BUKU TEKS SAINS TAHUN 5
P. 50
MEMELIHARA SISTEM DI DALAM TUBUH MANUSIA
Setiap sistem di dalam tubuh perlulah dijaga supaya tubuh manusia
dapat berfungsi dengan baik. Bagaimanakah kita memelihara sistem
di dalam tubuh bagi mengekalkan kehidupan yang sihat?
Sistem rangka
Mengambil makanan
yang kaya dengan
kalsium
Kita perlulah Melakukan
mengambil kalsium aktiviti fizikal
untuk membina tulang
yang kuat. Susu dan produk Melakukan aktiviti fizikal
tenusu mengandungi kalsium yang seperti berlari, melompat
dapat menguatkan tulang. dan menari untuk
menguatkan tulang.
Memakai alat pelindung
dan tali pinggang keledar
Gunakan topi keledar ketika menunggang
motosikal atau menunggang basikal.
Gunakan pelindung lutut, siku dan penyokong
pergelangan tangan apabila perlu. Pakai tali
pinggang keledar ketika menaiki kenderaan.
Sistem pernafasan
Menghindari rokok
Merokok menyebabkan pelbagai penyakit
berkaitan dengan sistem pernafasan seperti
asma, bronkitis dan kanser peparu.
Tinggal di persekitaran yang bersih
Persekitaran yang bersih tanpa pencemaran
udara mengurangkan risiko penyakit berkaitan
dengan sistem pernafasan.
40
2.3.3

