Page 51 - BUKU TEKS SAINS TAHUN 5
P. 51
Basuh tangan dengan kerap
Amalkan membasuh tangan dengan kerap
menggunakan sabun dan air atau cecair
pensanitasi tangan. Elakkan menyentuh
mulut atau hidung tanpa membasuh
tangan terlebih dahulu kerana bakteria
atau virus pada tangan dapat memasuki
sistem pernafasan kita dan mengakibatkan
penyakit seperti COVID-1 .
Sistem peredaran darah
Kurangkan pengambilan makanan yang
mengandungi lemak dan kandungan gula
plak kolesterol
yang tinggi
Pengambilan makanan yang mengandungi
lemak berlebihan akan menyebabkan
kolesterol berkumpul di dalam salur darah
sel darah dan membentuk plak. Plak menyebabkan
salur darah menjadi sempit dan jantung perlu
bekerja lebih kuat untuk mengepam darah
ke seluruh tubuh.
Bersenam
Kita haruslah bersenam dengan cara yang
betul dan secara berkala untuk memastikan
otot jantung terus kuat.
Sistem pencernaan
Makan makanan yang kaya dengan serat
Makan makanan yang kaya serat seperti
sayur-sayuran, buah-buahan
dan bijirin penuh untuk memudahkan Jelaskan cara-cara yang perlu HAWA
proses penyingkiran tinja. diamalkan bagi memelihara
sistem di dalam tubuh jika
Minum air dengan secukupnya
seseorang itu mengalami obesiti.
Minum air dengan secukupnya untuk 41
41
41
melancarkan sistem pencernaan.

