Page 38 - BUKU TEKS PJPK 2021
P. 38
Baling-baling Bawah
Edward berkemahiran melakukan balingan bawah kepada rakan.
Kemahiran ini sangat penting dan perlu dilakukan dengan pantas untuk
mematikan larian pihak lawan. Kamu perlu mengetahui titik pelepasan
bola yang sesuai dalam kemahiran balingan bawah. Cabar diri kamu
dalam permainan baling-baling bawah untuk meningkatkan kemahiran
balingan bawah.
Saya perlu
bekerjasama untuk
kejayaan pasukan. Lepaskan bola
apabila bola berada
di antara lutut dan buku
lali untuk melakukan
balingan bawah.
PENGUKUHAN KESELAMATAN
Apakah yang akan terjadi Sentiasa patuh pada arahan
jika titik pelepasan bola tidak guru dan peraturan untuk
sesuai semasa melakukan mengelakkan kemalangan.
balingan bawah?
INFORMASI
Titik pelepasan (point of release) bola ialah
kedudukan tangan semasa melepaskan
bola yang dibaling ke sasaran.
Sumber: Teaching Baseball and Softball Handbook, Bob
Swope (2008)
1.8.5 1. Cara bermain permainan baling-baling bawah.
2.8.4 • Bentukkan kumpulan pemukul dan pemadang.
5.4.7 • Kumpulan pemadang akan menangkap bola yang dipukul atau ditahan dan
membuat balingan bawah kepada rakan sepasukan.
2. Pastikan murid melakukan balingan bawah sahaja.
3. Tukar peranan apabila semua ahli kumpulan telah membuat balingan bawah.
30

