Page 7 - BUKU TEKS PJPK 2021
P. 7
Elemen merentas kurikulum, seperti kreativiti dan inovasi, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK), dan keusahawanan diterapkan bagi
mencambahkan pemikiran murid. Bagi merangsang pemikiran murid, elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) disediakan bagi menguji keupayaan murid
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta sesuatu berdasarkan topik
yang dipelajari. Selaras dengan hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang diperkukuh dengan Kurikulum Kebangsaan, buku teks ini juga memberikan
penekanan kepada nilai moral sama ada secara tersurat atau tersirat agar murid
yang berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia dapat dilahirkan.
Buku teks ini juga menyediakan ikon-ikon yang dapat membantu murid
mengenal pasti aspek yang dinyatakan di atas. Ikon tersebut adalah seperti
yang berikut:
Unit Unit INFORMASI
Pendidikan Pendidikan Maklumat tambahan.
Jasmani Kesihatan
PENGUKUHAN REKA CIPTA PENGAYAAN
Soalan untuk Aktiviti untuk menguji Soalan atau
mengukuhkan atau mencabar aktiviti yang lebih
pemahaman murid. kreativiti murid. mencabar.
TMK
KESELAMATAN
Pautan laman sesawang
Peringatan tentang atau kata kunci untuk
aspek keselamatan.
mencari maklumat.
KBAT IMBAS SAYA
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Bahan tambahan
Tinggi (KBAT) untuk merangsang dalam bentuk
pemikiran murid. multimedia.
CABAR MINDA
Maklumat tambahan atau cadangan
Soalan berkaitan dengan melaksanakan pengajaran dan
topik yang dipelajari.
pembelajaran untuk guru.
Soalan untuk menguji pemahaman
Uji Minda murid berdasarkan pengetahuan
yang perlu dikuasai seperti yang
terkandung dalam DSKP.
v

