Page 135 - MATEMATIK T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 135
5 Yang berikut ialah sebahagian maklumat daripada invois barangan yang
dibeli oleh Encik Yunos.
Bil. Butiran Kuantiti Harga seunit Jumlah
1 Jersi 60 RM25.00
2 Topi 100 RM9.80
Diskaun niaga 10%
Jumlah wang yang perlu dibayar
Encik Yunos menerima invois itu daripada Syarikat Wawasan.
a Hitung nilai diskaun.
b Berapakah jumlah wang yang perlu dibayar oleh Encik Yunos?
Penyelesaian
a • Harga seunit jersi RM25. • Harga seunit topi RM9.80.
• Bilangan jersi dibeli 60. • Bilangan topi dibeli 100.
Harga jersi: 60 × RM25 = RM1 500
Harga topi: 100 × RM9.80 = RM980
Jumlah bayaran: 1 Nilai diskaun = 10% × RM2 480
RM 1 500 10
+ RM 980 = 100 × RM2 480
RM2 480
= RM248
Nilai diskaun ialah RM248.
b Jumlah wang yang perlu dibayar = Jumlah bayaran − Nilai diskaun
7 10
RM2 480
− RM 248
RM2 232
Jumlah wang yang perlu dibayar oleh Encik Yunos ialah RM2 232.
Bolehkah jumlah wang yang perlu dibayar diselesaikan dengan
ayat matematik ini? Bincangkan.
90% × RM2 480 =
Bincangkan pelbagai strategi penyelesaian seperti simulasi.
3.3.1 127

