Page 201 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 201

Membaca


                                         Integriti Peniaga
                                         Integriti Peniaga

           Irfan menulis cerpen daripada kisah pengalaman dia dan ibunya, Puan Nurin,
           berurusan dengan peniaga dalam talian.



           Aku menggelengkan kepala. Aku terkilan kerana
           barangan aku yang dibeli oleh ibu belum tiba. Aku
           masih teringat akan pesanan ayah kepada ibu pada
           tempoh hari.
               “Nurin, apabila kamu hendak membeli barangan
           dalam talian, pastikan syarikat peniaga itu berdaftar.
           Kamu perlu faham tentang harga, keterangan produk,
           terma, dan syarat pembelian. Barangan itu mesti
           mempunyai jaminan,” pesan ayahku.
              “Irfan, semua maklumat yang sepatutnya ibu dapatkan daripada peniaga telah
           pun lengkap. Pembayaran dalam talian sudah pun ibu buat. Bukti pembayaran
           pun ibu sertakan,” beritahu ibu kepada aku.
              Selepas seminggu membuat bayaran, barangan yang dipesan oleh ibu masih
           belum tiba. Oleh sebab telefon ibu mengalami masalah, butiran nombor telefon
           peniaga turut hilang. Ibu mula berasa dirinya tertipu.
              Pada keesokannya, ibu menerima satu mesej.
              “Barangan anda baru sahaja dipos. Yang berikut ialah nombor jejakan pesanan
           anda. Sila semak nombor tersebut dalam laman sesawang syarikat pengeposan,”
           ujar ibu membaca mesej itu.
              Ibu juga melihat mesej-mesej sebelumnya semula. Ternyata peniaga telah
           menyatakan bahawa barangan itu dijual secara pratempahan. Barangan hanya
           akan dipos selepas seminggu.
              Ibu menarik nafas lega. Ibu tersenyum memikirkan tingkahnya yang tidak
           senang duduk selama seminggu itu. Ibu sedar akan silapnya kerana tidak
           membaca mesej dengan telitinya. Ibu berasa bersalah kerana telah buruk sangka
           terhadap peniaga itu.
              Dua hari kemudian, barangan yang dibeli oleh ibu pun tiba. Aku memeriksa
           keadaan barangan tersebut dan berpuas hati. Ibu segera memaklumkan hal itu
           kepada peniaga tersebut.












          192
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206