Page 205 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 205

Tatabahasa


                                             Amanah Kita
                                             Amanah Kita

           Irfan membaca maklumat tentang MyKad. Baginya, masyarakat perlu buka
           mata dan sedar bahawa menjaga MyKad tanggungjawab masing-masing.
           Sikap lepas tangan boleh menyebabkan MyKad disalah guna. Dia berkongsi
           maklumat itu dalam satu hantaran media sosial.
                                                                             Kepentingan
                                                                          Menjaga MyKad
                     Ciri-ciri MyKad
                                                                     •  Pemilik MyKad wajib
             •  berbentuk segi empat                                   membawa kad ini
                                                                       ke mana-mana.
             •  berwarna biru laut
                                                                     •  MyKad penting kerana
             •  mempunyai reka bentuk terkini                          kad ini menentukan
             •  dilengkapi cip mikropemproses                          warganegara kita.
                                                                     •  Untuk mengelakkan salah
                                                                       guna MyKad, pemilik
                                       MyKad Malaysia
                                       MyKad Malaysia                  bertanggungjawab
                                                                       melaporkan kehilangan
                                                                       kad kepada pihak polis
                                                                       dengan segeranya.

                                      CONTOH                         •  Pemalsuan MyKad
                                                                       boleh dianggap sebagai
                                                                       perbuatan pecah amanah
                                                                       kepada negara.





                                              Keistimewaan MyKad

                           •  menyimpan nilai wang untuk transaksi tanpa tunai
                           •  menyimpan rekod cap jari
                           •  mempunyai cetakan pelangi yang boleh berubah warna
                           •  menggunakan teknologi turisan laser pada gambar dan
                              nombor MyKad
               Aktiviti
                                                                    (Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara)

           Kenal pasti kata majmuk dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan dengan
           menggunakan kata majmuk.

                     Nota Guru
                         •  Bimbing murid memahami pelbagai kata majmuk.
                   5.2.2  •  Bimbing murid membina perenggan dengan menggunakan pelbagai kata majmuk.
          196              Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual        KBAT: Mengaplikasi – Membina
                           EMK: Patriotisme
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210