Page 198 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022-2023
P. 198
LAMPIRAN 5
PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS
SENARAI SEMAK GURU TINGKATAN
Bil. Tindakan Catatan
1. Menyediakan Senarai nama murid
2. Membentuk dan membimbing organisasi kelas.
3. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas.
3.1 Jadual Waktu
3.2 Jadual Tugas (AJK Kebersihan, Keceriaan, Perabot)
3.3 Senarai Perabot Kelas (Bilangan kerusi dan meja murid,
kerusi dan meja guru, papan putih, papan kenyataan)
3.4 Alatan pembersihan (penyapu, pemadam papan putih dan
pengaut sampah)
3.5 Pelan Laluan Kecemasan (pintu depan)
3.6 Panduan Keselamatan Semasa Berada di dalam Kelas.
3.7 Senarai No. Telefon Semasa Kecemasan
3.8 SenaraiSPBT
3.9 Moto kelas
3.10 Susunan Kerusi/Meja dalam situasi Abad 21
4. Memastikan pendawaian elektrik, kipas dan lampu dalam keadaan baik
dan selamat digunakan.
5. Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.
6. Menyelenggarakan semua urusan yang bersangkutan dengan
APDM/Kehadian Murid.
7. Mendapatkan surat pengakuan yang sah bagi murid-murid yang tidak
hadir (kumpulkan di dalam fail yang disediakan).
8. Memproses penghantaran surat amaran/menghubungi ibu bapa/
penjaga apabila murid tidak hadir ke sekolah
9. Memastikan Buku Kawalan Kelas sentiasa berada di dalam kelas semasa
PdPC.
10. Melaporkan sebarang kerosakan kepada guru Penyelenggaraan.
11. Bertindak sebagai penyelesai utama bagi masalah- masalah yang timbul
dalam kalangan murid di dalam kelas.
12. Merujuk murid yang mempunyai masalah kepada Kaunselor atau Guru
Disiplin apabila ada masalah murid yang tidak dapat
diselesaikan.
13. Mewujudkan suasana harmoni, hormat-menghormati dan bekerjasama
dalam kalangan anggota kelas.
14. Mengenal pasti serta menyenaraikan murid-murid yang miskin, yatim
dan yatim piatu (Senarai serahkan kepada guru Kebajikan).
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 198

