Page 200 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022-2023
P. 200
PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM
Bil. Tindakan Catatan
1. Menentukan setiap murid mesti mempunyai Rumah Sukan.
2. Memastikan setiap murid menyertai satu persatuan dan satu badan
beruniform.
3. Memastikan murid ada pakaian yang telah ditetapkan semasa
bersukan (seluar sukan-hitam, T-shirt sekolah- rumah sukan dan t-
shirt PJPK).
LAPORAN REKOD KEMAJUAN, SIJIL BERHENTI SEKOLAH
Bil. Tindakan Catatan
1. Melengkapkan ulasan guru tingkatan pada slip peperiksaan dalam
SAPS.
2 Merekodkan markah ke dalam Fail Rekod Mengajar guru.
3 Mendapatkan slip markah daripada SU Peperiksaan dan
menyerahkan kepada Pengetua untuk ditandatangani.
4 Menyerahkan slip markah peperiksaan kepada ibu bapa/penjaga.
5 Menulis maklumat dalam salinan Sijil Berhenti dan Surat
Akuan bagi murid-murid Tingkatan 5.
MURID KELUAR (TUKAR SEKOLAH DALAM NEGERI/LUAR NEGERI)
Bil. Tindakan Catatan
1. Memastikan Surat Kelulusan untuk keluar telah diterima daripada
PPD.
2. Memastikan buku teks telah dipulangkan.
3. Memastikan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi murid
Tingkatan 3 dan 5.
4. Mendapatkan semua kerja kursus daripada guru mata pelajaran
serta menentukan borang SPBT dan Laporan Disiplin dimasukkan
ke dalam Fail Peribadi Murid kemudian dihantar ke pejabat.
5. Menentukan penerima biasiswa dilaporkan kepada guru biasiswa.
KUTIPAN BAYARAN PIBG
Bil. Tindakan Catatan
1. Mendapatkan Buku Resit PIBG daripada Bendahari PIBG.
2. Mengutip bayaran PIBG dan menyerahkan kepada Bendahari PIBG.
3. Menyerahkan resit bayaran PIBG kepada murid.
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 200

