Page 122 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 122
4. Memastikan keselamatan soalan.
5. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum
peperiksaan dijalankan.
6. Memastikan peraturan pemarkahan disediakan oleh panel pengubalan soalan.
7. Memastikan pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan.
8. Memastikan kewujudan bank soalan.
9. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
10. Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru (Hari Temu Mesra Pelanggan) untuk
membincangkan kemajuan murid.
Tugas Penyelaras Peperiksaan SPM
1. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan kepada guru
tingkatan.
2. Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (borang Sekolah/Borang Sementara)
untuk diisi oleh murid dengan kerjasama guru tingkatan.
3. Mengumpul dan menyemak borang-borang kemasukan peperiksaan (borang
Sekolah/Borang Sementara) untuk diisi oleh murid dengan kerjasama guru tingkatan.
4. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberi oleh JPN dan Lembaga
Peperiksaan.
5. Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan SPM.
6. Memastikan semua rekod dan keputusan disimpan dengan sistematik.
7. Memasukkan data murid ke dalam komputer dan membuat salinan untuk JPN, Lembaga
Peperiksaan dan sekolah.
8. Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan SPM.
9. Menyediakan 4 salinan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaan.
10. Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
11. Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan:-
11.1 Almari
11.2 Jam dinding
11.3 Cap sekolah/lakri
11.4 Kapur/Marker pen
11.5 Pemadam
12. Menyediakan papan tunjuk arah peperiksaan sedang berjalan.
13. Menyediakan jadual pelaksanaan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PMR dan
SPM.
14. Menyediakan bilik peperiksaan dan kelengkapan yang diperlukan untuk calon persendirian
jika ada.
15. Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dalam menentukan
kelancaran perjalanan peperiksaan amali/kerja kursus MPEI/Pendidikan Seni.
16. Penyelaras peperiksaan SPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan
pastikan bilik-bilik peperiksaan ditutup dan barang-barang yang dipinjam dikembalikan ke
pejabat.
17. Mendapatkan 3 set soalan SPM untuk rujukan sekolah.
18. Memastikan pengurusan pemakluman keputusan peperiksaan awam kepada murid.
19. Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan Ketua Panitia.
20. Menyerahkan keputusan peperiksaan awam kepada Pengetua.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 122

