Page 123 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 123
Tugas Penyelaras Peperiksaan Dalaman
1. Membantu merangka jadual waktu peperiksaan/ujian untuk tingkatan berkenaan.
2. Menyediakan jadual ujian atau peperiksaan tingkatan berkenaan kepada murid dan guru.
3. Menguruskan tugas penyediaan soalan setiap mata pelajaran di tingkatan berkenaan.
4. Menyediakan bahan atau peralatan yang diperlukan untuk ujian dan peperiksaan.
5. Menguruskan hal penyediaan percetakan dan keselamatan soalan.
6. Memastikan murid menduduki ujian atau peperiksaan dengan cara dan suasana yang betul.
7. Memastikan semua soalan sampai kepada murid-murid dan semua jawapan sampai kepada
pemeriksanya.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Prosedur Kerja Analisis Keputusan Ujian dan Peperiksaan
1. Guru mata pelajaran memasukkan markah bagi setiap kelas yang diajar ke komputer.
2. Guru kelas memastikan markah bagi setiap mata pelajaran dimasukkan.
3. Guru kelas perlu berurusan dengan guru mata pelajaran sekiranya markah belum lengkap.
4. Guru kelas perlu melengkapkan markah bagi kelasnya sekiranya guru mata pelajaran tidak
ada di sekolah.
5. Guru kelas perlu menanda buku semakan selepas memastikan semua markah telah
dilengkapkan.
6. Pembetulan markah hanya boleh dilakukan oleh guru mata pelajaran atau guru kelas sahaja.
7. Setiausaha Peperiksaan Dalaman perlu mengambil alih tugas menyemak kemasukan markah
sekiranya guru kelas tersebut tidak ada di sekolah pada tarikh tersebut.
8. Cetakan keputusan akan dibuat oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman mengikut tarikh yang
ditetapkan.
9. Setiausaha Peperiksaan Dalaman perlu membuat analisis keputusan selepas cetakan
keputusan.
10. Menyerahkan analisis peperiksaan kepada Pengetua.
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
PERINGATAN
Murid tidak dibenar melakukan urusan memasukkan markah bagi pihak guru. Sebarang urusan
berkaitan markah perlu dilakukan oleh guru sahaja bagi mengelakkan berlakunya perkara yang
tidak diingini.
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 123

