Page 196 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 196

LAMPIRAN 4


             SSDM 2.0  (Sistem Sahsiah Diri Murid)

             SSDM merupakan singkatan kepada Sistem Sahsiah Diri Murid merupakan penambahbaikan Sistem
             Salahlaku Disiplin Murid yang lama. Jika dahulu kita merekod masalah disiplin murid semata- mata,
             kini dengan versi 2.0, Amalan Baik turut direkodkan di dalam sistem. Perubahan sistem ini sangat
             penting, dalam usaha menjadikan Amalan Baik sebagai elemen dalam pembentukan sahsiah diri
             murid untuk memacu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

             Tujuan Perubahan SSDM
             •  Penambahbaikan sistem lama.
             •  Penyelarasan proses penentuan hukuman berdasarkan pekeliling.
             •  Membantu pihak sekolah dalam pengurusan disiplin supaya lebih mantap dan sistematik.
             •  Murid yang melakukan kesalahan disiplin tidak hanya dijatuhkan hukuman tetapi yang paling
                utama dibantu oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
             •  Proses kerja yang lebih teratur dan jelas antara guru-guru, GPK HEM, murid-murid dan penjaga.
             •  Sebagai pangkalan data disiplin murid, memudahkan guru untuk membuat rujukan dan laporan.

             Ciri-ciri penambahbaikan di dalam SSDM 2.0
               Guru boleh log masuk untuk membuat laporan salah laku disiplin.
               Guru disiplin boleh log masuk untuk tujuan tindakan dan hukuman.
               Guru Besar atau Pengetua pula akan membuat pengesahan tindakan dan hukuman.
               Perekodan amalan baik dan sahsiah murid
               Surat amaran boleh dijana melalui sistem, ini bermakna lebih mudah hanya print sahaja.

             Proses Aliran Kerja Bagi Kes Salah Laku
             1.  Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem SSDM KPM, data murid sama di APDM
             2.  Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Disiplin akan menjalankan siasatan, jika sah dan wujud
                kesalahan, hukuman akan dicadangkan.
             3.  Pengetua atau Guru Besar boleh menukar hukuman dan mengesahkan hukuman.
             4.  Setelah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar, Ketua Guru Disiplin/ GPK HEM boleh mengambil
                tindakan hukuman.
             5.  Pembantu Pejabat akan menguruskan surat dan pengeposan kepada ibu bapa.
             6.  Guru Bimbingan dan Kaunseling kan menjalankan sesi kaunseling kepada murid- murid
                yang terlibat.

             Proses Aliran Kerja Bagi Perekodan Amalan Baik
             1.  Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem.
             2.  Sistem akan memproses markah yang diperoleh murid, serta mengeluarkan status sahsiah
                murid.
             Antara Amalan Baik
             a.  Sukarela membantu guru
             b.  Sukarela melapor kes salah laku
             c.  Sukarela membantu guru melaksanakan kerja-kerja untuk sekolah seperti lukis mural dan
                membuat lanskap
             d.  Sukarela melakukan mengecat



                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        196
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201