Page 199 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 199
APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
Bil. Tindakan Catatan
1. Mengambil kedatangan harian murid pada setiap hari persekolahan.
2. Merekodkan kehadiran murid selewat-lewatnya pada waktu ketiga.
3. Melengkapkan butir-butir yang dikehendaki ada dalam APDM
(hingga akhir bulan Januari).
4. Memastikan data terkini murid dan penjaga sentiasa dikemas kini.
KEBAJIKAN MURID
Bil. Tindakan Catatan
1. Memastikan skim pinjaman buku teks diagihkan kepada semua
murid di dalam kelas pada awal tahun persekolahan (warganegara
asing tidak layak).
2. Memastikan murid baharu juga telah membawa buku teks daripada
sekolah asal.
3. Memastikan semua buku tersebut dibalut dengan plastik pembalut
buku dan ditulis nama murid berkenaan.
4. Mengemas kini fail SPBT dari semasa ke semasa.
5. Mengenal pasti murid yang layak menerima biasiswa dan sebarang
bentuk bantuan yang lain.
6. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan
pelajaran dalam kalangan murid yang menerima biasiswa.
7. Memastikan murid telah memulangkan buku SPBT mengikut tarikh
yang ditetapkan oleh Guru SPBT pada akhir tahun.
PENDAFTARAN MURID BAHARU
Bil. Tindakan Catatan
1. Menerima kemasukan murid baharu daripada PK HEM/Penyelaras
Tingkatan.
2. Mendaftarkan murid baharu ke dalam Buku Rekod Pendaftaran.
3. Menentukan penerimaan Borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah
asal dan memastikan murid tersebut membawa buku teks.
4. Menyemak jika murid tersebut menerima sebarang bentuk biasiswa
dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
5. Menentukan menerima Fail Peribadi Pelajar dari sekolah asal. Perlu
ada maklumat penting seperti Surat Kelulusan PPD,
Kad Kemajuan, Laporan Kerja Kursus, Laporan Disiplin, Keputusan
Peperiksaan Awam (UPSR/PT3), Salinan Surat Beranak, Salinan Kad
Pengenalan ibu bapa/penjaga dan sendiri, Salinan Bil. Air/Elektrik,
Borang APDM, Kad Gigi.
6. Menentukan rumah sukan dan mengambil butir- butir lain yang
difikirkan perlu.
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 199

