Page 22 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 22

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

                     Program  Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
                     Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti
                     tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.
                     Mengaplikasikan amalan  terbaik dalam pelaksanaan  pengurusan  dan kepimpinan serta
                     pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan  hasrat yang
                     terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

                     TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

                            1.  Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
                            2.  Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.

                            3.  Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
                            4.  Komitmen komuniti yang padu.




                     OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)


                           1.  Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
                           2.  MEMBANGUNKAN         KEPAKARAN      DALAMAN       melalui   latihan   yang

                               komprehensif dan  berstruktur  kepada pembimbing pedagogi  serta
                               pembimbing kepimpinan.

                           3.  Membangunkan  PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan


                      MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

                     Berdasarkan kepada tiga  objektif Program  Transformasi Sekolah, maka KPM  telah
                     menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di


                     Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
                            1.  Memantapkan kepimpinan sekolah.


                            2.  Memaksimumkan potensi guru  dan murid menerusi  peningkatan kualiti

                               Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

                            3.  Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi

                               kejayaan murid.













                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        22
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27