Page 27 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 27
2.5 Guru-guru yang lewat hendaklah mendapatkan pengesahan pengetua pada Kad
Perakam Waktu pada hari yang sama dengan menulis sebab-sebab yang munasabah
dengan ringkas di ruangan yang disediakan bagi mengelakkan dikenakan tindakan
selanjutnya. Hanya 3 kali kebenaran daripada Pengetua atau PKP serta PK Petang
sebagai budi bicara untuk pengesahan kehadiran lewat. Sekiranya guru dan AKP tiga
kali lewat atau lebih tanpa kebenaran Pengetua, kad perakam waktu akan
ditukarkan warna dan diminta mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak
pengurusan.
[Rujuk kepada Surat Pekeliling Am Bil. 11, 1981]
2.6 Guru dan AKP bertanggungjawab untuk mengetik (punch in/punch out) dan
merekodkan kehadiran sendiri setiap hari. Sekiranya didapati ada yang mengetik bagi
pihak orang lain, tindakan akan diambil oleh pihak Pengurusan.
2.7 Bagi AKP dan Pengetua, menggunakan Waktu Bertugas Fleksibel bermula pukul
7.30 - 9.00 pagi dan pulang pada pukul 4.30 - 6.00 petang. Sekiranya AKP lewat, perlu
mendapatkan pengesahan Pengetua. Bagi Pembantu Makmal, kehadiran ditentukan
oleh giliran bertugas mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan sekolah.
3. KEHADIRAN UPACARA/KEGIATAN SEKOLAH
3.1 Semua guru dikehendaki hadir untuk semua acara rasmi sekolah (dengan pakaian
rasmi). Semua guru diminta tidak mengasingkan diri di bilik guru semasa acara rasmi
sedang berlangsung.
3.2 Guru-guru diminta hadir menyaksikan perlawanan-perlawanan/pertandingan-
pertandingan yang melibatkan pasukan sekolah dan berlangsung di kawasan sekolah.
4. KETEPATAN MASA
4.1 Guru-guru hendaklah sentiasa mengamalkan ketepatan masa pada waktu-waktu
upacara berikut supaya menjadi contoh yang baik kepada murid-murid :-
● Kedatangan ke sekolah
● Perhimpunan rasmi
● Masuk ke kelas
● Mesyuarat/Perjumpaan rasmi
● Aktiviti Kokurikulum
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1981)
5. KETIDAKHADIRAN GURU
5.1 Bagi setiap guru yang tidak hadir atas apa sebab pun, satu jadual gantian perlu
disediakan. Untuk melicinkan urusan penyediaan jadual gantian ini, guru-guru yang
tidak dapat hadir kerana sakit hendaklah memohon dengan Pengetua dan
memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong Kanan Petang
dan AJK Guru Ganti sebelum pukul 7.00 pagi bagi guru-guru sesi pagi dan sebelum
pukul 11.00 pagi bagi guru-guru sesi petang.
5.2 Sijil Sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran
jika Pengetua tiada di sekolah (sebaik sahaja guru kembali bertugas)
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 27

