Page 24 - BUKU LAPORAN PIBG 2020/2021
P. 24
LAPORAN BIRO KEBAJIKAN DAN KSIB BAGI SESI 2020/2021
Biro Kebajikan ini telah diamanahkan kepada:
KETUA : Datin Norzilla binti Shaari
Timbalan : Pn Adibah binti Sukir
Alhamdulillah dengan kerjasama dan sokongan dari pihak pentadbir, guru-guru, PIBG dan juga
ibu bapa, beberapa aktiviti/perkara/sumbangan telah dapat di laksanakan sepanjang sesi
2020/2021 Antaranya adalah seperti di bawah ini.
PROGRAM SEKOLAHKU SYURGAKU
TARIKH: 25/02/2020
Pembelian 280 set kerusi dan meja bagi menggantikan kerusi meja murid yang telah uzur
melalui sumbangan ibu bapa, guru-guru dan komuniti.
BANTUAN KEPERLUAN ASAS MAKANAN
TARIKH: 22/04/2020
220 Keluarga SKBTHO2 DAN SMKBTHO2
Dana adalah sumbangan daripada YB Dato Hj Halim bin Hj Rahmat Ali .
PROGRAM KASUT SEKOLAH
TARIKH: 07/01/2021
Agihan 100 pasang kasut sekolah kepada murid-murid yang memerlukan. Dana hasil
sumbangan ibu bapa.
PEMULIHAN TANDAS
TARIKH: 15/04/2021
Membaik pulih 8 unit tandas sekolah bagi kegunaan murid-murid. Dana adalah hasil
sumbangan ibu bapa dan Adun Balakong. Program ini diketuai oleh Biro Keceriaan PIBG
SKBTHO2 dengan kerjasama daripada KSIB.
TABUNG PEMBELIAN PENGIMBAS SUHU
TARIKH: 23/04/2021
17 UNIT alat pengimbas suhu berjaya dikumpul hasil sumbangan ibu bapa daripada ‘group
Whatsapp’ KSIB.
TABUNG BISKUT RAYA
TARIKH: 02/05/2021
Pembelian biskut raya untuk diagihkan bersama duit raya kepada pelajar asnaf, anak yatim dan
yang kurang berkemampuan. Dana diperolehi hasil sumbangan ibu bapa daripada KSIB.

