Page 26 - BUKU LAPORAN PIBG 2020/2021
P. 26

LAPORAN BIRO KESELAMATAN & KOMUNIKASI


        Pengerusi     :  En. Mohamed Fairol bin Mohamed Rawi
        Timbalan      :  En. Jamil Bin Mat Nor ( telah berpindah ke sekolah lain )
        Pn. Nor Rahimah Bt Mahidin ( Pengganti En Jamil )


        Biro Keselamatan & Komunikasi merupakan salah satu biro yang diwujudkan bagi
        memantau dan memastikan keselamatan persekitaran sekolah, dan bekerjasama dengan
        biro KSIB dalam urusan komunikasi di antara pihak sekolah dan ibu bapa.
        Dengan kerjasama dan sokongan dari pihak pentadbir, guru-guru, PIBG dan juga
        ibubapa/penjaga, beberapa aktiviti utama telah dapat dilaksanakan sepanjang sesi
        2020/2021. Antaranya adalah seperti berikut:

        KESELAMATAN
        Menyediakan pengawal lalu lintas di pintu utama hadapan (Pintu A) dan pintu belakang
        (Pintu C) untuk setiap sesi pagi dan petang persekolahan bagi menjamin keselamatan
        murid-murid melintas jalan dan mengawal lalu lintas di waktu puncak.

        Jadual dan masa kawalan lalu lintas adalah seperti berikut:
        Pagi          : 7.00 pagi – 7.20 pagi
        Tengah hari   : 12.40tghari  – 1.15 petang
        Petang        : 6.20 petang – 6.45 petang

         Di atas faktor keselamatan, pihak kami meminta kerjasama semua ibu bapa untuk:
        ❑ Tidak memakir kenderaan di kawasan lintasan murid.
        ❑ Tidak memakir di kawasan yang telah ditanda dengan kon keselamatan.
        ❑ Tidak membawa laju di hadapan sekolah dan memotong barisan.
        ❑ Tidak membuat pusingan U di hadapan sekolah.
        ❑ Tidak berhenti lama ketika menurunkan atau mengambil anak di hadapan sekolah.
        ❑ Mematuhi arahan papan tanda (Drop Zone) bagi menurunkan murid-murid.
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31