Page 38 - BUKU LAPORAN PIBG 2020/2021
P. 38
LAPORAN SURAU
Surau SKBTHO 2 adalah satu projek yang diusahakan oleh pihak
PIBG, KISB, guru dan semua warga SKBTHO 2. Ia mula dirancang pada tahun
2019. Setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui Jabatan Pelajaran Negeri, PIBG dan guru telah berusaha mencari
dana melalui sumbangan dan penjualan kupon.. Alhamdulillah jumlah
kutipan setakat 31 Disember 2020 berjumlah RM 203,875.00. Kita masih
mengharapkan sumbangan daripada individu, ahli korporat atau syarikat.
Segala proses permohonan pembinaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan
sedang berjalan lancar. Buat masa sekarang , pihak arkitek sedang menunggu
kelulusan pembinaan daripada Majlis Perbandaran Kajang. Marilah kita sama-
sama berdoa agar semua urusan pembinaan surau SKBTHO 2 dipermudahkan
dan berjalan lancar seperti yang dirancang..

