Page 41 - BUKU LAPORAN PIBG 2020/2021
P. 41
USUL 5
NAMA PENCADANG : NURHANNA
CADANGAN : Perlaksanaan pdpr secara berseragam
USUL 6
NAMA PENCADANG : WAN NURADIAH BINTI WAN MOHD RANI
CADANGAN 1 : Pembukaan sekolah secara bersemuka serta SOP.
CADANGAN 2 : Penilaian prestasi murid sepanjang PDPR
(bagaimana ia diambil kira)
USUL 7
NAMA PENCADANG : NURUL SYUHANA ANUAR
CADANGAN : Menaik taraf kebersihan tandas-tandas sekolah.
USUL 8
NAMA PENCADANG : MOHD ROHIZUL BIN RAZALI
CADANGAN 1 : Berkenaan dengan sesi persekolahan yang akan dilanjutkan ke bulan
Mac 2022, saya berharap pihak sekolah dapat melakukan ujian prestasi dan streaming
kelas anak2 sebelum mula tahun 2022. Ini kerana, supaya anak2 dapat di asingkan
mengikut tahap penguasaan mereka terhadap sukatan pelajaran 2021. Bagi saya, anak2
yang telah pun menguasai sukatan pelajaran 2021, sepatutnya terus diajar dengan sukatan
untuk tahun yang berikutnya. Tidak adil untuk mereka jika terus diajar dengan sukatan
yang sama kerana ini boleh menyebabkan pembaziran waktu. Saya faham ada anak2 yang
culas, tidak hadir kelas online/pdpr, namun ada juga yang benar2 mengikuti dan dipantau
dengan rapat oleh ibu bapa.
CADANGAN 2 ; Berkenaan dengan sesi sekolah secara pergiliran, saya
mencadangkan pihak sekolah melakukan pergiliran mengikut kelas dan bukannya
membahagikan anak2 dpd kelas yg sama kepada 2 group. Ini kerana, khuatir guru tidak
dapat membahagikan masa dengan sewajarnya terhadap kumpulan yang masuk ke kelas
secara fizikal dan kumpulan yang berada di rumah untuk menjalani pdpr.

