Page 11 - Buku Peraturan Disiplin SMK Darul Ehsan 2021
P. 11
2.4. Sewaktu bendera dinaikkan dan lagu dinyanyikan,
pelajar hendaklah berdiri tegak dan menyanyikan lagu
Negaraku, lagu rasmi negeri Selangor dan lagu sekolah
dengan penuh semangat.
2.5. Pelajar-pelajar hendaklah berdiri tegak di mana-mana
sahaja dalam kawasan sekolah semasa lagu kebangsaan, lagu
negeri dan lagu sekolah dinyanyikan.
2.6. Pelajar yang datang lewat tidak dibenarkan masuk ke
barisan tingkatan dan hendaklah membuat satu barisan khas
di tempat perhimpunan. Tindakan akan diambil kepada
pelajar-pelajar selepas bersurai.
2.7. Pelajar hendaklah sentiasa senyap dan menumpukan
perhatian kepada pengumuman atau ucapan yang
disampaikan.
2.8. Perhimpunan harian (jika ada) hendaklah
dilangsungkan sebelum pelajar bergerak ke kelas masing-
masing. Perhimpunan dijalankan secara ringkas di bawah
kelolaan Guru Bertugas.
2.9. Setelah selesai perhimpunan, semua pelajar akan
bergerak secara teratur dan senyap ke kelas masing-masing
mengikut laluan yang telah ditetapkan dengan diiringi guru
mata pelajaran pertama.
Page | 11

