Page 6 - Buku Peraturan Disiplin SMK Darul Ehsan 2021
P. 6

BAHAGIAN A

       1.  PENDAHULUAN

       1.1  Untuk menjalankan kuasa yang diperuntukkan dalam
       Education (School Discipline) Regulation 1959  Seksyen 4
       dan 6, maka Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Darul
       Ehsan dengan  ini membuat peraturan yang dikuatkuasakan
       mulai Januari 2007.

       1.2   Peraturan ini dinamakan Peraturan Sekolah Menengah
       Kebangsaan Darul Ehsan.

       1.3   Peraturan  ini  atau  mana-mana  bahagian  dalam
       peraturan ini boleh dipinda atau ditambah  dimansuhkan dari
       semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian.

       1.4   Setiap  pelajar  juga  tertakluk  kepada  peraturan-
       peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan,
       Jabatan Pendidikan Negeri dan mana-mana pihak berwajib
       yang ada hubungan rapat dengan sekolah.

       2.  PENGUATKUASAAN

       2.1   Semua   guru   sekolah   ini   merupakan   guru
       disiplin(Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Bil  10/2001)  dan  diberi
       kuasa untuk menguatkuasakan peraturan sekolah.


                                                 Page | 6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11