Page 66 - Buku Peraturan Disiplin SMK Darul Ehsan 2021
P. 66
a) Pelajar mematuhi peraturan keselamatan semasa
menjalani akitiviti sukan.
b) Pelajar tidak dibenarkan menjalani sebarang aktiviti
tanpa pengawasan guru atau jurulatih.
c) Memaklumi guru tentang penyakit dan kecacatan yang
memungkinkan pelajar tidak dapat menjalani aktiviti sukan.
d) Semasa menjalani aktiviti sukan, pelajar tidak boleh
membawa barang-barang yang membahayakan diri atau
pemain lain seperti pisau, sikat tajam, menyimpan kuku
panjang dan lain-lain.
e) Pelajar mesti mengikut arahan guru atau jurulatih ketika
menjalani aktiviti sukan.
f) Pelajar harus memberitahu guru/ jurulatih jika terdapat
pelajar lain yang melakukan aktiviti yang tidak selamat.
g) Pelajar melaporkan kemalangan yang berlaku kepada
guru/jurulatih dengan segera supaya tindakan dapat diambil
dengan segera.
h) Pelajar perlu mengetahui dan melakukan langkah-
langkah keselamatan atau rawatan yang perlu diambil
sekiranya berlaku kemalangan kepada dirinya atau rakan-
rakan di padang atau gelanggang.
i) Pelajar menggunakan peralatan dengan cara yang betul,
iaitu mengikut prosedur sebagaimana yang dimaklumkan
oleh guru/ jurulatih.
Page | 66

