Page 67 - Buku Peraturan Disiplin SMK Darul Ehsan 2021
P. 67
j) Pelajar memastikan peralatan sukan yang diambil dalam
keadaan yang baik dan memulangkan kepada guru jika
peralatan yang hendak digunakan tidak sempurna.
k) Pelajar mesti membersihkan, mengembalikan dan
menyusun peralatan sukan di tempat asal peralatan itu
diambil.
l) Pelajar hendaklah memastikan padang dan gelanggang
dalam keadaan bersih sebelum ditinggalkan, iaitu
membuang botol-botol kosong, sisa makanan dan sampah
sarap di tempat pembuangan sampah.
m) Pelajar perlu melaporkan setiap kerosakan atau
kehilangan peralatan sukan kepada guru/ jurulatih yang
bertugas.
5. TATACARA MENYERTAI AKTIVITI LUAR
a) Dapatkan kebenaran ibu bapa.
b) Pakai pakaian dan kasut yang sesuai.
c) Bawa peralatan yang lengkap.
d) Sentiasa mendengar arahan guru sebelum memulakan
sesuatu aktiviti.
e) Sentiasa menjaga disiplin dan nama baik sekolah.
f) Sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan rakan-
rakan yang lain.
g) Sentiasa menjaga kebersihan sebelum, semasa dan
selepas aktiviti.
Page | 67

