Page 52 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 52

Proses Pembelajaran


            Fasa Perancangan              1.   Guru memaklumkan berkenaan PBL kepada murid
                                               dan ibu bapa melalui Group Whatsapp kelas dan
                                               topik yang akan terlibat bagi mata pelajaran sains.

                                          2.   Murid bersama ibu bapa mencari maklumat
                                               berkenaan tajuk melalui buku teks, internet dan

                                               Youtube.
            Fasa Pelaksanaan              1.   Guru     memberi      arahan    berkenaan
                                               ujikaji

                                               percambahan biji benih kepada murid melalui Group
                                               Whatsapp kelas.

                                          2.   Guru menekankan bahawa ujikaji ini adalah terdiri
                                               daripada 2 fasa yang berturutan dan mereka perlu

                                               berhati-hati semasa melakukan ujikaji bagi
                                               mengelakkan gangguan terhadap fasa
                                               perkembangan tumbuhan, supaya hasil ujikaji ini

                                               menepati objektif sebenar ujikaji. Arahan
                                               disampaikan melalui video bergambar supaya murid

                                               faham apa yang perlu dilakukan dan objektif sebenar
                                               ujikaji ini.

                                          3.   Murid diberi masa 1 minggu untuk melengkapkan
                                               tugasan 1.

                                          4.   Selepas keputusan ujikaji 1 diperoleh, murid diminta
                                               untuk memindahkan anak benih daripada ujikaji 1 ke

                                               dalam 3 bekas berlainan bagi memulakan ujikaji 2.
                                          5.   Tiga bekas tersebut akan ditandakan A, B dan C

                                               dan  diletakkan di tiga tempat berasingan. Bekas A
                                               diletakkan di tempat terbuka dan disiram setiap hari.

                                               Bekas B di tempat terbuka tetapi tidak disiram dan
                                               perlu dielakkan daripada terkena hujan atau air.

                                               Manakala Bekas C pula diletakkan di dalam almari
                                               dan perlu disiram setiap hari.




                                                                                                  52
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57