Page 53 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 53
6. Murid diberi Jadual Pemerhatian bagi membantu
mereka merekodkan setiap perkembangan tumbuhan
dalam bekas A.
7. Ujikaji ini perlu dijalankan selama 21 hari dan
perekodan perkembangan tumbesaran tumbuhan
perlu dilakukan setiap tiga hari dari aspek bilangan
daun, ketinggian, lilitan batang dan saiz daun.
8. Bagi bekas B dan C, teruskan pemerhatian sehingga
hari ke 21 untuk merekodkankeputusan
9. Ibu bapa perlu menghantar gambar sepanjang
penyiasatan ujikaji 1 & 2 bagi memastikan ujikaji tetap
berjalan lancar tanpa ganggua dan mengakibatkan
kegagalan pada projek masing-masing.
10.Sementara menunggu hasil ujikaji 2, murid perlu
laporan bagi ujikaji 1 berdasarkan soalan dan arahan
yang diberi oleh guru. Hasil laporan ini sepatutnya
mengandungi gambar-gambar sepanjang ujikaji 1,
carta percambahan biji benih dan juga keperluan asas
percambahan biji benih.
11.Laporan untuk ujikaji 2 pula perlu dibuat selepas
sahaja rekod pertumbuhan tumbuhan yangterakhir
dibuat iaitu pada hari ke 21. Laporan ini perlu
mengandungi gambar sepanjang ujikaji, carta
pertumbuhan tumbuhan dan kesimpulan keperluan
asas tumbuhan.
12.Laporan ujikaji 1 dan 2 perlu dikompile bersama dan
dihantar sebagai satu hasil di bawah tajuk
“PERCAMBAHAN BIJI BENIH DAN PERTUMBUHAN
TUMBUHAN”.
13. Laporan projek yang telah disiapkan perlu disimpan
dan dihantar kepada guru apabila tamatPKP.
53

