Page 51 - KOMPILASI PBL (PROJECT BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 51
Objektif Pembelajaran Pada akhir penghasilan projek ini murid dapat :
i) Mengetahui keperluan asas biji benih bercambah.
ii) Merekod perubahan sebenar semasa proses
tumbesaran tumbuhan daripada biji benih
sehingga
besar.
iii) Menyenaraikan keperluan asas tumbuhan
sepanjang proses penyiasatan.
iv) Mempersembahkan hasil penyiasatan dan
pemerhatian ke atas proses hidup tumbuhan
melalui gaya persembahan dan kreativiti murid.
Soalan Kurikulum
Soalan Asas Adakah tumbuhan sebahagian daripada benda hidup?
Dari manakah tumbuhan datang?
Soalan Unit Bagaimanakah tumbuhan menjalani proses hidup?
Soalan Kandungan 1. Daripada apakah tumbuhan bermula?
2. Apakah yang membantu biji benih bercambah?
3. Apakah keadaan yang membantu percambahan
biji benih dengan baik?
4. Lukiskan/susun fasa percambahan biji
benih mengikut urutan sebenar.
5. Apakah keadaan yang membantu tumbuhan
tumbuh dengan baik?
6. Apakah urutan tumbesaran tumbuhan
yang sebenar?
7. Apakah yang berubah pada tumbuhan apabila
ia membesar?
8. Lukiskan/susun fasa tumbesaran
tumbuhan mengikut uruatan sebenar.
9. Selepas uji kaji 2, Sebutkan keperluan asas
bagi tumbuhan?
51

