Page 100 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 100

30 Ogos 1957, Hari Jumaat

                     Hari ini saya dan keluarga saya pergi ke Kuala Lumpur untuk meraikan kemerdekaan. Pagi-pagi
                    lagi kami bertolak dari Melaka dengan menaiki teksi. Sepanjang perjalanan, saya melihat banyak
                    kenderaan awam yang membawa bendera. Kami berehat di rumah saudara kami di Bangsar .
                       Kami tiba di Padang Kelab Selangor pada lewat petang. Banyak orang telah berhimpun di situ
                    untuk menyambut ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Tepat pukul 12.00 tengah
                    malam saya menyaksikan bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu
                    dinaikkan. Saya melihat bapa dan ibu menitiskan air mata semasa bendera dinaikkan. Orang ramai
                    bersorak gembira. Bapa juga bersorak seperti mereka. Bapa memeluk saya dan ibu tanda gembira.










                    31 Ogos 1957, Hari Sabtu

                    Hari ini merupakan hari pengisytiharan kemerdekaan
                    Tanah Melayu. Kami menaiki teksi menuju ke Stadium
                    Merdeka. Saya melihat banyak orang berada di Stadium
                    Merdeka.
                      Saya mendengar ucapan wakil Ratu England.
                    Kemudian, saya melihat dokumen pengisytiharan
                    kemerdekaan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
                    Tepat pukul 9.30 pagi, Tunku Abdul Rahman membaca
                    pengisytiharan  kemerdekaan  Tanah  Melayu.  Laungan
                    “merdeka” sebanyak tujuh kali disambut oleh orang ramai
                    di Stadium Merdeka  dengan penuh semangat.
                      Sesungguhnya hari ini amat bermakna. Saya tidak
                    akan melupakan detik-detik yang penuh bersejarah ini.
                           Terima kasih, ayah sebab membawa saya ke sini.








                   Di manakah Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan                 Secara berkumpulan,
                   tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?                  lakonkan catatan yang
                   Apakah perasaan anda apabila menyaksikan                      terdapat dalam diari ini.
                   sambutan Hari Kemerdekaan negara?




                    NOTA          •  Bimbing murid memahami peristiwa pengisytiharan kemerdekaan.
                    GURU                                                                         7.3.4     79
                                                                                                 K7.3.6




         unit_06.indd   79                                                                              6/25/15   4:18 PM
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105