Page 102 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 102

Permuafakatan dalam kalangan
                                                                kaum diteruskan sehingga kini.
                                                                Masyarakat berbilang kaum hidup
                                                                bersatu padu dan bersama-sama
                                                                mempertahankan kedaulatan
                                                                negara. Melalui permuafakatan,
                                                                setiap perkara dapat diselesaikan
                                                                dan perselisihan dapat dielakkan.
                                                                Permuafakatan juga menjamin
                                                                keharmonian negara dapat
                                                                dipelihara sehingga ke hari ini.
























                  Permuafakatan dalam kalangan kaum di Persekutuan Tanah Melayu dapat
                  dilihat semasa Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Parti Perikatan
                  yang terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC telah mencapai kemenangan
                  dalam pilihanraya tersebut. Parti Perikatan telah menubuhkan kerajaan.
                  Kerjasama kaum ini merupakan cara terbaik untuk membuahkan kejayaan
                  negara kita. Berikutan itu Parti Perikatan telah mengambil langkah untuk
                  mengadakan rundingan kemerdekaan dengan British.








                        Jelaskan kepentingan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum.
                        Nyatakan situasi yang menunjukkan permuafakatan berlaku dalam
                        kalangan rakan anda.


                            Secara berkumpulan, cari maklumat parti-parti  yang bertanding
                            dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.


                    NOTA         • Bimbing murid memahami permuafakatan yang wujud dalam proses   7.3.1
                    GURU          mencapai kemerdekaan.                                           7.3.3    81
                                                                                                 K7.3.6




         unit_06.indd   81                                                                              6/25/15   4:18 PM
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107