Page 99 - Sejarah Tahun 5 SK
P. 99
Pengayaan
Negaraku Merdeka
Nenek Nancy berumur sebelas tahun semasa Persekutuan Tanah Melayu
merdeka. Dia menulis peristiwa bersejarah itu dalam diarinya.
Nancy, ini diari nenek. Kamu
bacalah. Ada peristiwa
tentang kemerdekaan negara
kita yang nenek tulis
di dalamnya.
Terima kasih, nenek.
20 Februari 1956, Hari Isnin
Saya tinggal di Banda Hilir, Melaka. Hari ini bapa
mengajak saya ikut bersamanya melihat Rombongan
Kemerdekaan yang akan tiba di padang Banda Hilir .
Setibanya kami di sana, banyak orang telah berkumpul
menantikan ketibaan Rombongan Kemerdekaan. Hampir
setengah jam kami menunggu akhirnya Rombongan
Kemerdekaan pun tiba. Saya melihat bapa saya terlalu
gembira.
Saya melihat Tunku Abdul Rahman naik ke pentas dan
membaca tarikh kemerdekaan, iaitu pada 31 Ogos 1957.
Selesai sahaja membaca, Tunku Abdul Rahman melaungkan
“merdeka” diikuti oleh orang ramai termasuk bapa dan saya.
• Union Jack ialah nama bendera British.
78
78
unit_06.indd 78 6/25/15 4:18 PM

