Page 10 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya | Edisi 1 2019
P. 10

Buku Panduan Pelajar
                                                                             Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


               1.0  LATAR BELAKANG


                      KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA


               1.1    Pengenalan


                      KKTM  Petaling  Jaya  adalah  sebuah  Institusi  Pendidikan  MARA  (IPMa)  yang
               menyediakan latihan kemahiran dan akademik dalam Kejuruteraan Elektronik. Bermula pada
               Julai 1995, KKTM Petaling Jaya mula menjalankan program Higher National Diploma (HND)

               di  dalam  bidang  elektronik  melalui  program  usahasama  dengan  pihak  SWANSEA  United
               Kingdom.
                      Pada tahun 2012, program Higher National Diploma (HND) in Electronic Engineering

               telah ditukar nama kepada program BTEC Level 5 HND Diploma in Electronic Engineering.
               Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pearson Education Limited, United Kingdom.
                      Program  ini  diiktiraf  oleh  OFQUAL  UNITED  KINGDOM  iaitu  sebuah  badan

               pengiktirafan kelayakan di England. Kecemerlangan kami dalam menjalankan program Higher
               National Diploma telah di anugerahkan Gred A oleh EDEXCEL INTERNATIONAL UNITED

               KINGDOM selama 7 tahun berturut-turut.
                      Komitmen  kami  telah  melahirkan  ribuan  golongan  profesional  bumiputera  dalam
               kejuruteraan dan keusahawanan. Kini, KKTM Petaling Jaya menawarkan program sepenuh

               masa dengan kapasiti maksimum pelajar seramai 300 orang.
                      Bermula  Oktober  2019,  KKTM  Petaling  Jaya  menawarkan  program  Diploma

               Kejuruteraan Elektronik (Objek Rangkaian Internet) – Diploma in Electronic Engineering
               (Internet of Things) selama 2.5 tahun. Program baharu ini sejajar dengan perkembangan
               Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) di Malaysia.

                      Struktur kurikulum juga merangkumi kursus-kursus dari Jabatan Pengajian Am yang
               menawarkan  kursus-kursus  bukan  teknikal.  Berikut  adalah  unit-unit  di  bawah  Jabatan
               Pengajian  Am  iaitu  Unit  Matematik,  Unit  Bahasa  Inggeris,  Unit  Usahawan,  Unit  Pengajian

               Malaysia dan Unit Pengajian Islam.
                      Secara  umumnya,  KKTM  Petaling  Jaya  mempraktikkan  sistem  semester  yang  turut
               merangkumi kegiatan kokurikulum dan latihan industri. Para pelajar akan mengikuti pengajian

               selama empat semester dan satu semester menjalani latihan industri. Dengan bantuan serta
               tunjuk ajar daripada pensyarah, konsep pembelajaran berasaskan hasil kini digunapakai bagi

               memastikan  pelajar  dapat  gambaran  yang  lebih  jelas  berkenaan  matlamat  program  yang
               diikuti. Pelajar akan lebih fokus dan terarah kepada keperluan dan kehendak kursus-kursus
               tersebut.







                                  Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019   1
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15