Page 7 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya | Edisi 1 2019
P. 7

Buku Panduan Pelajar
                                                                             Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya




                                                     PRAKATA

               Assalamualaikum w.b.t.
               Salam sejahtera.


                      Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya, Buku Panduan
               Pelajar ini diterbitkan sebagai panduan ringkas untuk para pelajar Kolej Kemahiran
               Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya dalam mengharungi tempoh pengajian di Kolej ini.

                      Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada para pelajar kerana telah
               memilih Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya sebagai tempat untuk
               menggilap potensi diri. Adalah diharapkan kepada semua pelajar yang mendaftar di
               Kolej  Kemahiran  Tinggi  MARA  (KKTM)  Petaling  Jaya  ini  dapat  menyesuaikan  diri
               dengan  sistem  pembelajaran  yang  telah  dirangka  bagi  memenuhi  keperluan  dan
               kehendak industri serta pihak IPTA / IPTS.

                      Untuk makluman, program yang dijalankan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA
               (KKTM)  Petaling  Jaya  ini  telah  mendapat  kelulusan  daripada  pihak  Malaysian
               Qualifications Agency (MQA) bagi menjamin kualiti pendidikan yang ditawarkan. Oleh
               yang demikian, pelbagai kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan telah disediakan
               untuk para pelajar sejajar dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebagai sebuah
               pusat pendidikan.

                      Semoga  Buku  Panduan  Pelajar  ini  dapat  membantu  para  pelajar  di  dalam
               membuat  sebarang  perancangan  terutamanya  yang  bersangkutan  dengan  hal-hal
               akademik serta menjadi salah satu sumber informasi mengenai Kolej Kemahiran Tinggi
               MARA  (KKTM)  Petaling  Jaya.  Akhir  kata  saya  ucapkan  selamat  maju  jaya  kepada
               semua pelajar dan masa depan anda bermula di sini.

               Sekian.

               PENGARAH
               KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
               PETALING JAYA













                                  Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019   vi
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12