Page 6 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya | Edisi 1 2019
P. 6

Buku Panduan Pelajar
                                                                             Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya



                                                     PRAKATA




               Assalamualaikum warahmatullah,


                      Kolej  Kemahiran  Tinggi  MARA,  MARA-Japan  Industrial  Institute  dan  Institut
               Kemahiran  MARA  merupakan  Institusi  Pendidikan  MARA  (IPMA)  yang  berasaskan
               kemahiran teknikal. Institusi yang secara ringkasnya disebut sebagai KKTM, MJII dan
               IKM  ini  menawarkan  pelbagai  program  bagi  memenuhi  kehendak  dan  keperluan
               industri semasa. Ia dibangunkan dengan berdasarkan visi dan misi MARA iaitu menjadi
               organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa,
               seterusnya  membentuk  modal  insan  TVET  yang  holistik  dan  berteraskan  nilai-nilai
               keusahawanan.

                      Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan syabas dan tahniah
               diatas  kejayaan  saudara  /  saudari  yang  terpilih  dan  mendapat  tawaran  belajar  di
               Institusi Pendidikan MARA.

                      Dalam  memastikan  kualiti  pendidikan  yang  ditawarkan  sentiasa  mencapai
               standard yang ditetapkan, setiap pusat dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan
               bagi memastikan proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Kurikulum setiap
               program dibangunkan dengan mengambil kira perkembangan industri semasa serta
               mematuhi keperluan akreditasi Malaysian Qualifications Agency (MQA).


                      Menerusi  pembelajaran  berasaskan  teknikal,  pelajar  didedahkan  dengan
               pendidikan yang lebih menjurus kepada bidang-bidang yang bakal diceburi kelak di
               samping menerapkan nilai-nilai keusahawan dalam sistem pembelajaran. Selain itu,
               nilai-nilai murni turut diberi perhatian bagi merealisasikan pembentukan modal insan
               yang dititikberatkan dalam agama Islam.

                      Diharapkan Buku Panduan Pelajar ini dapat memberi sedikit panduan kepada
               semua pelajar sepanjang berada di Institusi Pendidikan MARA.


                      Akhir  kata,  diucapkan  selamat  datang  ke  MARA  dan  didoakan  segala  yang
               terbaik untuk semua.

               Wassalam




               PENGARAH
               BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL

               MARA





                                  Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019   v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11