Page 28 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya | Edisi 1 2019
P. 28

Buku Panduan Pelajar
                                                                             Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


               2.7    Penangguhan Pengajian

                      Pelajar boleh memohon untuk menangguhkan pengajian atas alasan yang munasabah

                      dengan mendapat kelulusan daripada Pengarah KKTM Petaling Jaya dan dimaklumkan
                      kepada Pengarah BKT dengan syarat penangguhan tersebut tidak melebihi dua (2)
                      semester.


                      2.7.1  Permohonan  penangguhan  melebihi  dua  (2)  semester,  tertakluk  kepada

                             pertimbangan dan kelulusan Pengarah BKT.
                      2.7.2  Tempoh maksimum penangguhan pengajian yang dibenarkan hanya empat (4)

                             semester sahaja samada secara berasingan atau terkumpul.
                      2.7.3  Tempoh  penangguhan  semester  akan  diambil  kira  dalam  bilangan  tempoh

                             maksimum pengajian.

               2.8    Kehadiran

                        Pelajar wajib hadir setiap pertemuan pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang

                          telah ditetapkan bagi sesuatu kursus.
                        Pensyarah  bertanggungjawab  mencatat  kehadiran  setiap  pelajar  bagi  setiap
                          pertemuan PnP yang dijalankan.

                        Pelajar yang tidak mencapai syarat kehadiran sebagaimana ditetapkan dalam
                          Jadual 2.5 akan disekat daripada menduduki Peperiksaan Akhir atau Tugasan
                          Akhir (bagi kursus berasaskan 100% kerja kursus) dan diberi Gred WX.

                        Pemberian Gred WD dan WX dalam kes kehadiran adalah seperti Jadual 2.5.

                                 Jadual 2.5 : Pemberian gred WD dan WX mengikut kes


                                                                                           SYARAT
                            PERKARA                    SYARAT              GRED
                                                                                         TAMBAHAN

                      Cuti Dengan Kebenaran        Kehadiran < 80%          WD               Tiada

                       Cuti Tanpa Kebenaran        Kehadiran < 90%          WX               Tiada

                      Cuti Dengan Kebenaran                                               Cuti Tanpa
                                 +                 Kehadiran < 70%          WD         Kebenaran tidak
                       Cuti Tanpa Kebenaran                                              melebihi 10%


                        Pelajar yang tidak menghadiri pertemuan PnP yang ditetapkan melebihi 20% atau
                          dalam  tempoh  empat  (4)  minggu  berturut-turut  perlu  mendapatkan  kelulusan
                          Pengarah KKTM Petaling Jaya.





                                  Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019   19
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33