Page 24 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya | Edisi 1 2019
P. 24
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
2.5 Pendaftaran
2.5.1 Pendaftaran Program
Semua pelajar adalah diwajibkan membuat pendaftaran program
pada setiap awal semester mengikut tarikh yang telah ditetapkan
01 oleh KKTM Petaling Jaya.
Setiap pelajar wajib mendaftar program bagi setiap semester
sehingga tamat pengajian dalam tempoh maksimum yang
02 dibenarkan.
Pelajar yang mendaftar lewat kurang dari tiga (3) hari dari tarikh
pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda.
03 (Rujuk Lampiran 1)
Pelajar yang mendaftar lewat lebih dari tiga (3) hari dari tarikh
04 pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda dan dirujuk
kepada Jawatankuasa Tatatertib.
tiga (3) hari
Pelajar kanan yang berstatus tangguh pengajian/digantung
pengajian WAJIB membuat pendaftaran semula pada awal semester
05 berikutnya mengikut tarikh yang ditetapkan oleh KKTM Petaling Jaya.
2.5.2 Pendaftaran Kursus
Pelajar diwajibkan mendaftar setiap kursus yang ditawarkan pada
awal semester setiap sesi pengajian.
01
Pendaftaran kursus hendaklah dibuat pada minggu pertama
mengikut tempoh pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak
02 KKTM Petaling Jaya dengan kelulusan Ketua Jabatan/Program.
Pelajar boleh dikenakan denda jika mendaftar kursus selepas minggu
pertama sesi pengajian tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh
03 Jawatankuasa Akademik.
(Rujuk Lampiran 1)
Pelajar perlu menyelesaikan bayaran denda yang berkaitan sebelum
dibenarkan mendaftar kursus pada sesi berkenaan.
04 (Rujuk Lampiran 1)
Bagi mana-mana kursus yang mempunyai pra-syarat, pelajar perlu
lulus kursus pra-syarat sebelum mendaftar kursus berikutnya
KECUALI bagi pelajar semester terakhir sebelum menjalani Latihan
05 Industri yang masih mempunyai kursus tertunggak tertakluk
kelulusan Jawatankuasa Akademik.
Pelajar kanan yang berstatus mengulang kursus atau mempunyai
kursus tertunggak WAJIB membuat pendaftaran kursus pada
06 minggu pertama sesi pengajian.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 15

