Page 25 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya | Edisi 1 2019
P. 25
Buku Panduan Pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
2.5.3 Penangguhan Kursus
Ketua Jabatan/Program boleh memohon penangguhan penawaran
kursus bagi sesuatu program atas sebab-sebab yang munasabah.
01
Permohonan penangguhan kursus perlu mendapat pengesahan
Timbalan Pengarah (HEA) dan tertakluk kepada kelulusan Pengarah
02 KKTM Petaling Jaya serta perlu dimaklumkan kepada Pengarah
BKT.
Kelulusan penangguhan kursus hanya sah pada semester yang
dimohon sahaja.
03
Bagi kes penangguhan kursus, pelajar tidak perlu didaftarkan kursus
tersebut.
04
Penangguhan kursus boleh dimohon selewat-lewatnya sehingga
minggu ke tiga (3) semester bermula.
05
2.5.4 Penambahan Kursus
Pelajar dibenarkan menambah mana-mana kursus atas sebab-sebab
yang munasabah dengan kelulusan Timbalan Pengarah (HEA)
01 selewat-lewatnya pada minggu ke dua (2) sesi pengajian. Kursus
tersebut perlu didaftarkan menggunakan Borang Pendaftaran
Kursus.
Kebenaran untuk pelajar menambah kursus tertakluk kepada jumlah
kredit maksimum per semester yang dibenarkan.
02
2.5.5 Pengguguran Kursus
Pelajar boleh menggugurkan mana-mana kursus yang telah
didaftarkan atas sebab-sebab yang munasabah tertakluk kepada
01 kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat-lewatnya pada minggu
ke empat (4) sesi pengajian.
Kursus yang digugurkan tidak akan didaftarkan pada semester
02 berkenaan.
Buku Panduan Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya Edisi 1 2019 16

