Page 5 - [E-Buletin] Edisi Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020
P. 5
Bagi memastikan sistem pendidikan tidak terhenti walaupun seluruh
dunia dikejutkan dengan pandemik ini, Pertubuhan Pendidikan, Sains
dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
mengesyorkan penggunaan pelbagai teknologi untuk memastikan
kesinambungan pembelajaran.
Platform pembelajaran dalam talian untuk pensyarah berinteraksi
dengan pelajar dan memberi latihan secara maya seperti Google
Classroom, Padlet, Zoom, YouTube dan sebagainya telah
mendedahkan kepentingan teknologi digital dalam kehidupan rakyat
dan kesan positif daripadanya. Apa yang boleh disimpulkan ialah ada
hikmahnya di sebalik krisis akibat penularan penyakit Covid-19 ini.
Tidak dinafikan e-pembelajaran memberi banyak kesan positif kepada
pensyarah dan pelajar. Namun begitu pembelajaran dalam talian ini
masih belum mencapai tahap yang memuaskan kerana isu utama
yang dihadapi ialah capaian internet dalam kalangan pelajar yang
masih lagi rendah.

