Page 10 - [E-Buletin] Edisi Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020
P. 10
Walaupun kebanyakan pensyarah KKTM Petaling Jaya
menggunakan Google Classroom sebagai medium
untuk berhubung secara maya dengan pelajar, namun
tidak dinafikan juga ada diantara pensyarah yang
menggunakan aplikasi yang lain seperti Padlet.
Padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar menulis
pendapat mereka melalui nota lekat elektronik (seperti sticky note) pada
dinding digital yang dikongsi bersama-sama. Pelajar boleh menaip pada
nota lekat elektronik dan juga menggabungkannya bersama imej, audio
atau video.
Padlet juga boleh digunakan untuk mencatat nota peribadi, senarai perkara
yang perlu dilakukan, koleksi maklum balas dan sebagainya. Dengan
menggunakan aplikasi ini, ia membolehkan pelajar lebih aktif dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran seiring dengan dunia teknologi maklumat
dan tidak hanya terlalu bergantung kepada proses Pengajaran dan
Pembelajaran secara tradisional.
Antara muka Padlet sangat mudah dan ringkas. Ia benar -benar mewakili
dinding kosong yang membolehkan pelajar mengisi atau menulis pelbagai
perkara dikehendaki seperti mengemukakan pendapat berdasarkan soalan
yang diberikan oleh pensyarah.

