Page 6 - [E-Buletin] Edisi Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020
P. 6
Google Classroom adalah satu aplikasi untuk
pendidikan oleh Google yang mesra pengguna
dan ringan. Aplikasi ini telah dilancarkan pada
6 Mei 2014. Selain daripada ia adalah percuma,
terdapat banyak manfaat penggunaan Google
Classroom dalam mewujudkan suasana dan
kaedah pembelajaran yang seiring dengan
Pembelajaran Abad ke -21 (PAK21).
Sehubungan dengan itu KKTM Petaling Jaya telah mengambil
inisiatif melaksanakan e-pembelajaran menggunakan Google Classroom
untuk pelajar Semester 1. Antara kursus yang terlibat adalah seperti Electric
Circuits, Digital Electronics Fundamental, Introduction to Internet of Things
(IoT), Physics 1 dan Engineering Mathematics 1.
Aplikasi Google Classroom memberikan banyak manfaat sama ada kepada
pensyarah mahupun pelajar. Antaranya termasuklah:-
i. Mudah Mengadakan Kelas – Pensyarah boleh mewujudkan seberapa
banyak kelas dengan pelbagai tetapan gambar, nama dan sebagainya.
ii. Mudah Menyediakan/Memberi Tugasan - Pensyarah boleh
menyediakan tugasan untuk diberikan kepada pelajar. Dengan tugasan
menggunakan Google Docs, pensyarah dapat membina satu templat
bagi jawapan pelajar secara individu.
iii. Mudah Memberi Penilaian - Pensyarah boleh menilai tugasan pelajar
dan memberi markah dengan mudah.

