Page 6 - BUKU FAKULTI SAINS SOSIAL SESI I 2021 JMK
P. 6

FAKULTI SAINS SOSIAL (FSS)
                                                                                             SESI I 2021/2022
                               SEJARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA


















                  Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah
                  Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di
                  bawah  akta  IPTS  1996.  Usaha  Kerajaan  Negeri  yang  komited  dalam  memacu
                  kecemerlangan  pendidikan  seiring  dengan  matlamat  Melaka  Maju  2010  maka
                  KUIM  telah  dinaik  taraf  menjadi  Kolej  Universiti  pada  1  Julai  2009  oleh
                  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dahulunya KUIM dikenali sebagai Kolej
                  Teknologi  Islam  Antarabangsa  Melaka  (KTIAM)  telah  membuat  satu  anjakan
                  paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang
                  pengajian Islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin
                  psikologi seiringan.


                         Sebagai usaha untuk penjenamaan semula, maka KUIM telah meletakkan
                  niche- areanya dalam bidang psikologi di mana Ia merupakan kolej universiti Islam
                  swasta  yang  pertama  di  Malaysia  yang  membangunkan  pengajian  yang
                  memfokuskan  bidang  psikologi  di  peringkat  ijazah  sebagai  intervensi
                  mengurangkan  permasalahan  psikologi  dalam  kalangan  individu  dan  komuniti  di
                  samping memenuhi permintaan tenaga kerja di pelbagai sektor awam dan swasta.
                  Selaras dengan itu, KUIM terus menggorak langkah sebagai “Gerbang Pengajian
                  Psikologi dan Pengurusan Insan” yang terus bersandarkan misi dan visi yang jelas
                  bagi  mendepani  pelbagai  cabaran  dan  perubahan.  Falsafah  pengajian  yang
                  menggabungkan  unsur-unsur  keimanan,  akademik  dan  vokasional  (duniawi  dan
                  ukhrawi)  bagi  melahirkan  golongan  yang  bertaqwa  dan  progresif  serta  amat
                  bertetapan dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Melaka yang mahukan
                  generasi  berpengetahuan  dan  berkebolehan  dalam  pelbagai  bidang  pengajian
                  islam, teknologi, sains sosial dan ilmu terkini di samping memiliki daya ketahanan
                  tinggi  bagi  menangani  cabaran  semasa.  Dalam  usaha  memastikan  KUIM  terus
                  cemerlang  seiring  dengan  Motto  yang  dibawa  “Kualiti  Teras  Kejayaan”  maka
                  program-program  yang  ditawarkan  merentasi  pelbagai  disiplin  ilmu  termasuk
                  pengajian islam, pengajian perniagaan, perbankan islam, undang-undang syariah,
                  kejururawatan, dan teknologi maklumat adalah berdaya saing dan kompetitif yang
                  memenuhi  perakuan  Agensi  Kelayakan  Malaysia  (MQA).  Pengantarabangsaan
                  KUIM  melalui  jaringan  akademik  dalam  dan  luar  negara  boleh  dibanggakan
                  apabila  KUIM  kini  memiliki  pelajar  antarabangsa  dari  Kemboja,  Sri  Lanka,
                  Singapura  dan  Indonesia  yang  bertambah  dari  tahun  ke  tahun.Malah
                  penghantaran pelajar-pelajar KUIM yang melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordon,
                  Morocco dan lain-lain negara di Timur Tengah sangat menggalakkan.





                  4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11