Page 8 - BUKU FAKULTI SAINS SOSIAL SESI I 2021 JMK
P. 8
FAKULTI SAINS SOSIAL (FSS)
SESI I 2021/2022
OBJEKTIF, FALSAFAH, VISI, MISI, COGAN KATA DAN MOTTO KUIM
OBJEKTIF
1. Melahirkan generasi Muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan
ajaran Islam berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.
2. Melaksanakan dan mentarbiyyah pelbagai bidang ilmu berteraskan Islam.
3. Melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dan berkebolehan dalam
pelbagai bidang pengajian Islam, Sains, Teknologi, Sains Sosial dan Ilmu-ilmu
terkini.
4. Membina generasi yang memiliki daya ketahanan diri dalam menangani
cabaran semasa dan peka dengan realiti zaman mendatang.
5. Mewujudkan golongan ilmuan berwibawa yang sentiasa mensyukuri nikmat
dan rahmat Allah.
6. Menekankan pengajian yang berteraskan psikologi.
7. Menyokong dan membantu negara melaksanakan dan merealisasikan Dasar
Pendidikan Negara.
FALSAFAH
Pengajian yang menggabungkan unsur-unsur keimanan, akademik dan vokasional
(duniawi dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif.
VISI
Menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang unggul dan cemerlang di dalam
bidang pengajian yang berteraskan islam.
MISI
Beriltizam melaksanakan usaha pendidikan berwadahkan islam bagi menyumbang
kearah kesejahteraan ummah dan pembangunan lestari dengan memartabatkan
ilmu penyelidikan dan kesarjanaan yang kreatif, Inovatif dan bersahsiah murni.
COGAN KATA
Wasatiyyah, Berilmu, Berintegriti.
MOTTO
Merekayasa Pembangunan Insan.
6

