Page 7 - BUKU FAKULTI SAINS SOSIAL SESI I 2021 JMK
P. 7

FAKULTI SAINS SOSIAL (FSS)
                                                                                             SESI I 2021/2022













                                                     DEFINISI LOGO
                                          KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

                  Bentuk  Al-Quran di  atas  rehal  adalah  melambangkan  asas-asas  pengajaran  yang
                  berpandukan kitab Al-Quran kerana segala ilmu pengetahuan terdapat di dalamnya.

                  Rehal melambangkan  wadah  atau tempat  di mana  Kolej  Universiti  menyediakan  segala
                  kemudahan pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran.


                  Lambang geometri Islam berbucu lapan yang digunapakai secara global menunjukkan
                  komitmen  KUIM  untuk  mencapai  kompetensi  yang  patut  dicapai  oleh  pelajar  apabila
                  selesai  mengikuti  satu  program  pengajian.Ianya  menepati  lapan  dominan  hasil
                  pembelajaran yang dikehendaki oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

                  “Mortar board” melambangkan KUIM sentiasa mengutamakan kecemerlangan ilmu yang
                  disampaikan.

                  Pencahayaanyang  melatarbelakangkan  “Mortar  board”  melambangkan  komitmen  KUIM
                  dalam  melahirkan  modal  insan  yang  membawa  keperibadian  yang  sempurna  dan
                  berwibawa.

                  Bentuk  dimensionalyang  mengapit  geometri  Islam  berbucu  lapan,  melambangkan
                  komitmen  KUIM  menuju  puncak  tertinggi  di  dalam  bidang  pendidikan.Ia  juga membawa
                  maksud pengabdian kepada Yang Maha Esa dalam segala aspek kehidupan.

                  Tulisan Jawi dan Rumi yang tidak mempunyai bingkai sempadan membawa maksud
                  komitmen KUIM untuk melepasi apa jua garis sempadan dalam mencapai visi melahirkan
                  modal insan yang dapat memenuhi semua keperluan semasa dan pendidikan sepanjang
                  hayat.

                  Perkataan  “KUIM” dibawah  rehal,  yang  berbentuk  lurus  dan  tegak  membawa  maksud
                  ketegasan  KUIM  melahirkan  produk-produk  pendidikan  yang  berkualiti  dan  berkarisma,
                  akronim kepada Kolej Universiti Islam Melaka.

                   Empat warna digunakan di dalam logo iaitu :-

                 1.  Warna Magenta adalah warna rasmi Kolej Universiti Islam Melaka yang membawa maksud
                    berani, dinamik, bersatu padu, efisien dan intelektual.
                 2.  Warna Kuning melambangkan keagungan dan kedaulatan Kolej Universiti Islam Melaka.
                 3.  Warna  Putih melambangkan  kemurnian  dan  kesucian  agama  Islam  yang  menjadi  teras
                    sistem pendidikan Kolej Universiti Islam Melaka.
                 4.  Warna  Hitam yang  digunakan  sebagai  sempadan,  membawa  maksud  pengawalan  mutu
                    pendidikan yang ingin dilahirkan oleh Kolej Universiti Islam Melaka.





                  5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12